ad
AGENSI

Pejabat MB, Team Selangor gotong-royong masak juadah raya, agih kepada komuniti

8 Apr 2024, 12:19 PM
Pejabat MB, Team Selangor gotong-royong masak juadah raya, agih kepada komuniti
Pejabat MB, Team Selangor gotong-royong masak juadah raya, agih kepada komuniti
Pejabat MB, Team Selangor gotong-royong masak juadah raya, agih kepada komuniti
Pejabat MB, Team Selangor gotong-royong masak juadah raya, agih kepada komuniti

SHAH ALAM, 8 APRIL: Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama sukarelawan Team Selangor bergotong-royong menyediakan juadah raya untuk diagih kepada komuniti setempat.

Ketua Operasi Team Selangor Sadina Suffian berkata program Gempak Raya itu melibatkan kira-kira 70 sukarelawan memasak lemang, dodol dan rendang ayam.

[caption id="attachment_637102" align="alignleft" width="500"] Ketua Operasi Team Selangor Sadina Suffian bercakap kepada media ketika bergotong-royong menyediakan juadah raya anjuran Pejabat Menteri Besar di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 8 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Rewang berjalan dari awal pagi. Untuk rendang kita gunakan 70 ekor ayam. Lima kawah dodol dimasak khas oleh Team Selangor dari Semenyih.

“Lemang 300 batang disediakan sepenuhnya Team Selangor dari Hulu Selangor kerana mereka pakar membuatnya,” katanya kepada SelangorKini.

Program berkenaan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar dan semua juadah diagihkan petang tadi.

Pada 23 Mac, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan 5,000 pek bubur lambuk di tiga lokasi sekitar bandar raya ini.

Menerusi program Jelajah Bubur Lambuk 2024, agihan dibuat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

[caption id="attachment_637103" align="aligncenter" width="1041"] Sukarelawan Team Selangor membungkus dodol untuk diedarkan kepada komuniti setempat dalam program anjuran Pejabat Menteri Besar di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 8 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_637104" align="aligncenter" width="839"] Sukarelawan Team Selangor membakar lemang untuk diedarkan kepada komuniti setempat anjuran Pejabat Menteri Besar di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 8 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.