ad
AGENDA

Menteri: Lorong Smart Lane tangani kesesakan lebuh raya pada musim perayaan

7 Apr 2024, 6:55 AM
Menteri: Lorong Smart Lane tangani kesesakan lebuh raya pada musim perayaan
Menteri: Lorong Smart Lane tangani kesesakan lebuh raya pada musim perayaan

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya yang dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata apa yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (Plus) adalah sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.

[caption id="attachment_636895" align="aligncenter" width="748"] Pengaktifan Smart Lane di lebuh raya pada musim perayaan. Foto Facebook Alexander Nanta Linggi[/caption]

Sehubungan itu, laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti.

“Papan tanda elektronik pemberitahuan pengaktifan Smart Lane turut ditambah dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Laluan Smart Lane diperkenalkan untuk menambah kapasiti lorong di laluan yang dikenal pasti, membantu menyuraikan kesesakan pada waktu puncak dan meningkatkan kelancaran perjalanan sepanjang lebuh raya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.