ad
AGENDA

Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf (VIDEO)

6 Apr 2024, 1:30 PM
Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf (VIDEO)
Umat Islam perlu berjiwa besar, pemaaf (VIDEO)

SHAH ALAM, 6 APRIL: Umat Islam terutama seorang pemimpin perlu berjiwa besar untuk mengangkat martabat agama serta menarik orang di sekeliling mendekati Allah.

Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah surah Ali ‘Imran ayat 159 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Dr Ahmad Fakhrurrazi, ayat itu menjelaskan seorang pemimpin perlu berlemah lembut bukannya bersifat keras sehingga menyebabkan orang semakin menjauhi.

"Sifat lemah lembut akan menarik orang untuk mendekati, mereka akan merasai kasih Allah asbab diri kita. Nabi Muhammad SAW juga diseru oleh Allah supaya berlemah lembut. Jadi, seorang pemimpin jangan bersikap keras, nanti orang di sekeliling lari.

"Ayat ini juga mengajar kita untuk selalu memaafkan semua orang termasuk memohon kemampunan untuk semua orang bagi mengelak perasaan dendam dan benci dalam kehidupan.

"Selain itu, kita diingatkan untuk selalu istikharah dengan Allah selain istisyarah atau bermusyawarah dengan manusia untuk mencari penyelesaian. Akhir sekali, sifat untuk berjiwa besar ialah bertawakal," katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

[caption id="attachment_636704" align="aligncenter" width="674"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

Sementara itu, Amirudin mengajak setiap umat Islam untuk menerapkan sifat sabar dalam diri bagi mendapat keredaan Allah.

"Puasa menguji diri kita untuk sabar dari lapar dah dahaga. Puasa juga mengajar kita sabar supaya  jangan melanggar adab berpuasa. Ini secara tidak langsung telah mengajar atau memimpin diri kita sendiri ke arah yang lebih baik," katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik

Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita

Episod 23: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh

Episod 24: Berbakti pada ibu bapa

Episod 25: Jadikan kisah nabi, rasul sebagai panduan hidup

[embed]https://twitter.com/i/status/1776536885751644418[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.