AMPANG, 6 MAC: Pelaksanaan lebih 40 skim bantuan menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) menjadikan negeri ini antara tertinggi miliki program kebajikan rakyat.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif merangkumi semua aspek penting antaranya pendidikan, kesihatan serta ekonomi yang bertujuan merapatkan jurang dalam masyarakat.
“Semua dilakukan dengan harapan negeri mampu isi kekosongan atau kerenggangan dalam kalangan komuniti. Ini juga seiring hasrat pentadbiran yang mahu wujudkan negeri penuh rahmah dan kasih sayang.
“Apa yang kita lakukan, kita beri tumpuan kepada golongan yang betul-betul memerlukan supaya semua dana sampai kepada mereka. Kita tingkatkan bantuan contohnya Bingkas (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) daripada RM200 kepada RM300 sebulan, Jom Shopping dari RM100 kepada RM200,” katanya.
Beliau berucap ketika majlis serahan sumbangan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 500 penduduk Hulu Kelang di sini, hari ini.
[caption id="attachment_636725" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika hadir ke program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
Bermula 2008 selepas memegang tampuk pentadbiran, Kerajaan Selangor menyediakan tujuh program kebajikan dengan tema Merakyatkan Ekonomi Negeri.
Skim tersebut bertambah kepada 43 menerusi Inisiatif Peduli Rakyat pada 2017 sebelum penyelarasan dibuat menjadikan 33 bantuan disediakan pada 2019.
Sehingga kini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan kepada rakyat menerusi ISP dengan peruntukan lebih RM600 juta setahun dan semua skim ditambah baik dari masa ke semasa.
[caption id="attachment_636691" align="aligncenter" width="691"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_636728" align="aligncenter" width="701"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan raya ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_636727" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan raya ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]