ad
AGENSI

Kutipan sampah domestik dijangka meningkat 13 peratus sepanjang Aidilfitri

5 Apr 2024, 12:30 PM
Kutipan sampah domestik dijangka meningkat 13 peratus sepanjang Aidilfitri
Kutipan sampah domestik dijangka meningkat 13 peratus sepanjang Aidilfitri

SHAH ALAM, 5 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) menjangkakan kutipan sampah domestik meningkat 13 peratus sepanjang Aidilfitri berbanding bulan biasa.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata kutipan sampah domestik pada bulan biasa secara purata dianggar antara 6,000 hingga 7,000 tan sehari.

[caption id="attachment_636588" align="aligncenter" width="782"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir (kanan) ketika sidang media mengenai operasi KDEBWM sepanjang Aidilfitri di Ibu Pejabat KDEBWM, Shah Alam pada 5 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Beberapa kawasan hotspot yang dijangka menjana sampah tinggi akan diberi perhatian lebih sepanjang tempoh menjelang Aidilfitri, ketika perayaan dan hari berikutnya.

"Setakat ini, Majlis Perbandaran Kajang merupakan kawasan paling banyak menjana sampah kerana lokasinya yang besar dan padat dengan perumahan serta bangunan iaitu kutipan hampir 1,000 tan sehari," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabatnya di sini hari ini, Ramli berkata sebanyak 1,300 lori sampah membabitkan 3,500 tenaga kerja digerakkan bagi melaksana kutipan sampah setiap hari sepanjang Aidilfitri.

Menurutnya, jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal juga berjalan seperti biasa mengikut jadual kutipan setiap zon.

"Kita berharap penduduk tidak menghalang lori sampah keluar masuk di kawasan kutipan bagi memudahkan kerja serta mengelakkan sebarang kemalangan dan perkara tidak diingini," katanya.

Beliau menambah, tong roro turut disediakan di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Sepang susulan permintaan bagi pembuangan sampah pukal termasuk almari, meja sempena Aidilfitri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.