ad
AGENSI

3,000 kupon digital RM10 diedar kepada pengunjung 12 bazar Ramadan

5 Apr 2024, 10:00 AM
3,000 kupon digital RM10 diedar kepada pengunjung 12 bazar Ramadan
3,000 kupon digital RM10 diedar kepada pengunjung 12 bazar Ramadan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 3,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM10 diedar kepada pengunjung di 12 bazar Ramadan terpilih seluruh Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, insiatif menerusi kempen Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar membantu 872 peniaga berdaftar selain menggalakkan agenda pendigitalan.

“Inisiatif ini adalah susulan tahun lepas apabila PLATS mengedar 20,000 Kupon Digital Rahmah bernilai RM5.

“PLATS bertujuan membantu golongan perusahaan kecil, mikro dan sederhana di Selangor untuk mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_635641" align="aligncenter" width="760"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop (tengah) dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korperat MBI Ahmad Azri Zainal Nor menunjukkan kupon Digital pada Program PLATS Masuk Bazar di Bazar Ramadan, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 30 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin berkata selain membantu peniaga, pengunjung juga dapat menikmati manfaat perbelanjaan dengan kupon yang diberikan.

Sebelum ini, MBI memperuntuk RM40,000 bagi menjayakan kempen tersebut dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Kajang.

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Pendigitalan Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan.

PLATS juga memperkenalkan inisiatif baharu iaitu program Latihan Pembangunan Usahawan Plats (U-PLATS) bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.