ad
AGENDA

Asnaf, kakitangan istana terima beras sumbangan peribadi Agong

5 Apr 2024, 6:48 AM
Asnaf, kakitangan istana terima beras sumbangan peribadi Agong

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sepanjang Ramadan tahun ini.

Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan sumbangan beras kepada 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya.

Penerima sumbangan terdiri daripada kakitangan gred jawatan 11 dan 14, dengan kurniaan itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.

Turut hadir pada program penyampaian sumbangan di Istana Negara hari ini ialah Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh dan Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara Irfan Idrus.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.