ad
ADN

Lebih 1,000 helai pakaian diagih kepada penduduk DUN Kampung Tunku

5 Apr 2024, 6:00 AM
Lebih 1,000 helai pakaian diagih kepada penduduk DUN Kampung Tunku
Lebih 1,000 helai pakaian diagih kepada penduduk DUN Kampung Tunku

SHAH ALAM, 5 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku berjaya mengumpul lebih 1,000 helai pakaian menerusi program #BundleRaya.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata program yang memasuki tahun ketiga itu terus mendapat sambutan termasuk beberapa syarikat yang menyumbang baju baharu kepada penduduk.

“Kita adakan program mengumpul pakaian ini selama satu minggu bermula 20 Mac lalu dan lebih 1,000 helai baju baharu dan pakaian terpakai (preloved) yang masih elok dikumpul.

[caption id="attachment_636532" align="alignright" width="500"] Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku Li Yi Wei. Foto Pejabat DUN Kampung Tunku[/caption]

“Semua baju ini kita agihkan kepada penduduk Flat Sri Aman berikutan penduduknya berpendapatan rendah,” katanya dihubungi Selangorkini.

Beliau turut berharap sumbangan yang dilakukan menerusi program ini dapat memberi kegembiraan kepada penduduk dalam menyambut Aidilfitri.

“Terima kasih kepada semua penyumbang terutama syarikat Khatam Festive Apparel Sdn Bhd yang menyumbangkan pelbagai baju yang masih baharu dan selesa kepada penerima,” katanya.

Progrqm #BundleRaya yang memasuki tahun ketiga dengan mengumpul pakaian terpakai atau baharu dianjur bagi membantu meringankan beban penduduk untuk menyambut Aidilfitri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.