ad
ADN

DUN Sentosa peruntuk RM80,000 agih sumbangan sempena Aidilfitri

5 Apr 2024, 4:07 AM
DUN Sentosa peruntuk RM80,000 agih sumbangan sempena Aidilfitri
DUN Sentosa peruntuk RM80,000 agih sumbangan sempena Aidilfitri
DUN Sentosa peruntuk RM80,000 agih sumbangan sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 5 APRIL: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa memperuntuk kira-kira RM80,000 bagi sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj berkata bantuan kelengkapan raya, bahan keperluan asas kepada keluarga berpendapatan serta duit raya untuk asnaf akan diberikan pada hujung minggu ini.

[caption id="attachment_636500" align="alignleft" width="357"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Semoga sumbangan yang dihulur sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba selain meringankan beban.

“Sebagai wakil rakyat, saya berusaha memastikan mereka yang kurang bernasib baik dibantu terutama menjelang musim perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media, kakitangan kerajaan dan wakil penduduk DUN Sentosa di Laman Mazmida Sungai Jati di sini semalam.

Sementara itu, sebanyak 500 baucar Jom Shopping Aidilfitri DUN Sentosa turut selesai diedar kepada keluarga berpendapatan rendah baru-baru ini.

[caption id="attachment_636499" align="aligncenter" width="700"] Tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media, kakitangan kerajaan dan wakil penduduk anjuran Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj di Laman Mazmida, Taman Sungai Jati Permai, Klang pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.