SHAH ALAM, 4 APRIL: Allah SWT memerintahkan manusia untuk sentiasa berbakti kepada ibu bapa dan melarang berkata kasar kepada orang tua.
Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Al-Isra ayat 23 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.
Menurut Dr Ahmad Fakhrurrazi ayat berkenaan menjelaskan untuk kita berlaku ihsan kepada ibu bapa selain seruan mentauhidkan Allah SWT.
“Allah menjadikan ibu bapa kita sebagai penyebab untuk kita diwujudkan ke muka bumi dan 'menyalurkan' sifat kerahmatan dari asbab ibu bapa.
[caption id="attachment_635940" align="aligncenter" width="961"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]
“Allah suka kita menikmati kerahmatan ini melalui hubungan dengan ibu bapa, oleh itu, Allah melarang sebut ‘uh’ serta ‘ah’ pada mereka pun tidak boleh,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.
Sementara itu, Amirudin berkongsi menghargai dan berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih ada merupakan tanggungjawab anak-anak.
“Kita diminta untuk berlaku adil dan ihsan kepada ahli keluarga, ditegaskan dalam ayat al-Quran.
“Peranan keluarga khususnya ibu bapa sangat besar dalam kehidupan kita, asbab kita diberikan kerahmatan di muka bumi ini adalah ibu bapa yang melahirkan kita,” katanya.
Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:
Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa
Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa
Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita Episod 22: Jaga proses ketauhidan agar terus kukuh
[embed]https://twitter.com/i/status/1775796698566058451[/embed]