ad
EXCO

Inisiatif MamaKerja bakal program tahunan Selangor, bantu golongan wanita

4 Apr 2024, 10:02 AM
Inisiatif MamaKerja bakal program tahunan Selangor, bantu golongan wanita
Inisiatif MamaKerja bakal program tahunan Selangor, bantu golongan wanita
Inisiatif MamaKerja bakal program tahunan Selangor, bantu golongan wanita

SHAH ALAM, 4 APRIL: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan inisiatif MamaKerja sebagai program tahunan bagi meringankan kos wanita bekerja di Selangor.

EXCO Pemberdayaan Wanita Anfaal Saari berkata ketika ini polisi insentif berkenaan sedang diperhalusi termasuk cadangan untuk mengembangkan kepada suri rumah.

“Kita sekarang dalam perbincangan dengan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk menjadikan MamaKerja sebagai program tahunan untuk membantu wanita.

[caption id="attachment_636353" align="alignleft" width="400"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Khatam al-Quran Perdana Wanita Selangor di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Tetapi kriterianya akan diperhalusi lagi. Sebagai contoh ada permintaan daripada suri rumah dan itu nanti kita akan lihat,” katanya selepas hadir Majlis Khatam Perdana 2024 di sini, hari ini.

Anfaal menambah ketika ini hampir 4,000 permohonan MamaKerja yang dibuka pada 1 November tahun lalu sudah diluluskan dan baki akan dibahagikan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya setiap DUN bakal menerima 20 peruntukan dan wakil pusat khidmat masing-masing akan memilih wanita berkelayakan bagi mengisi permohonan MamaKerja menerusi aplikasi Selangkah.

“Selepas permohonan tutup, ada sedikit baki lagi dan kita bahagikan sama rata kepada setiap DUN, termasuk penyelaras DUN. Setiap DUN akan terima 20 permohonan,” katanya.

Inisiatif MamaKerja yang dibuka bermula 1 November tahun lalu merupakan antara manifesto kerajaan perpaduan yang ditawar kepada rakyat Selangor pada pilihan raya negeri Ogos 2023.

Melibatkan peruntukan RM5 juta, skim tersebut memanfaatkan 5,000 wanita bekerja yang memiliki tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

[caption id="attachment_636381" align="aligncenter" width="896"] Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berucap merasmikan Majlis Khatam al-Quran Perdana Wanita Selangor di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.