ad
BERITA UTAMA

Dapatkan keperluan asas murah di 18 lokasi Jualan Mega Ehsan Aidilfitri

4 Apr 2024, 6:00 AM
Dapatkan keperluan asas murah di 18 lokasi Jualan Mega Ehsan Aidilfitri
Dapatkan keperluan asas murah di 18 lokasi Jualan Mega Ehsan Aidilfitri
Dapatkan keperluan asas murah di 18 lokasi Jualan Mega Ehsan Aidilfitri

SHAH ALAM, 4 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri berlangung di 18 lokasi bermula semalam hingga Ahad ini bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan kelengkapan raya.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata lima barangan utama iaitu ayam, daging, telur, minyak masak dan beras dijual pada harga bersubsidi melibatkan peruntukan sebanyak RM296,439.

Jelasnya, program khas perayaan ini turut dianjur bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

[caption id="attachment_589130" align="aligncenter" width="809"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim ditemui selepas merasmikan Pesta Memancing Bagan Lalang di Jeti Sirip Biru, Sepang pada 24 Jun 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGROKINI[/caption]

“Semua 18 lokasi ini akan dilaksanakan agensi berkenaan. Fama melibatkan sembilan lokasi, Kohijrah di lima lokasi manakala PKPS kendalikan empat lokasi jualan.

“Ayam dijual RM10 seekor, daging segar (RM35/sekilo (kg) daging beku (RM10/kg), telur (RM10/sepapan), minyak masak (RM35/lima kg) dan beras (RM13/lima kg),” katanya menerusi kenyataan.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Lokasi jualan seperti berikut:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.