ad
AGENDA

Umat Islam perlu jaga proses ketauhidan agar terus kukuh (VIDEO)

3 Apr 2024, 2:17 PM
Umat Islam perlu jaga proses ketauhidan agar terus kukuh (VIDEO)
Umat Islam perlu jaga proses ketauhidan agar terus kukuh (VIDEO)

SHAH ALAM, 3 APRIL: Umat Islam perlu sentiasa menjaga proses ketauhidan bagi memastikannya terus bercambah kukuh seterusnya memberi manfaat kepada orang sekeliling.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Ibrahim ayat 24 dan 25 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurutnya setiap ibadah yang dilakukan umat Islam diibaratkan seperti menanam benih dimana ia akan tumbuh dan bercambah menghasilkan kalimah yang baik.

“Maksud kalimah yang baik adalah merujuk baiknya Allah, baiknya Rasulullah dan merujuk kepada sifat baik nabi itu menerpa kepada kita sehingga kita ini juga sentiasa berkata-kata baik dan orang sekeliling kita berasa gembira dengan kita.

[caption id="attachment_635940" align="aligncenter" width="897"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

“Maka kalimah yang baik ini disebut sebagai kalimah tauhid. Itulah yang disebut sebagai natijah ketauhidan. Allah beri perumpamaan seperti sepohon pokok,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam mencari guru terbaik bagi menggali lebih banyak makna dan rahsia al-Quran sekali gus memperoleh kebaikan dunia dan akhirat.

“Ayat ini menarik kerana ia mengandungi dua aspek. Kalau kita faham secara literal, ia seperti aspek sosial dan hubungan kemanusiaan. Tetapi apabila ustaz terangkan, ia sangat tegar dalam aspek tauhid.

“Semoga ia mengajak kita untuk memahami dan mencari guru kerana ayat al-Quran ini mempunyai banyak makna dan rahsia yang akan memandu kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik                                                                                                              Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

Episod 22: Bukti kekuasaan Allah ada di sekeliling kita

[embed]https://twitter.com/i/status/1775433059929633079[/embed]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.