ad
AGENSI

Matta: Catat jualan hampir setengah juta, Sky Mirror antara tumpuan

3 Apr 2024, 5:58 AM
Matta: Catat jualan hampir setengah juta, Sky Mirror antara tumpuan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Pavilion Selangor mencatat hasil jualan mencecah RM494,362 sepanjang tiga hari penyertaan dalam pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mac lalu.

Menurut kenyataan Tourism Selangor, penyertaan bertemakan "Jom Balik Kampung" disertai 17 pengusaha pelancongan menonjolkan budaya dan warisan negeri khususnya di wilayah utara.

Jelasnya, jualan tertinggi disumbangkan Sky Mirror, Farm in the City dan Jungle School Gombak, yang mempamer hasil rotan dan mengkuang serta kemahiran hidup di hutan oleh suku kaum Semelai.

"Sebagai sebahagian daripada misi pelancongan lestari, penglibatan Jungle School Gombak kunci ke

arah melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

Selangor menyasar tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dengan tema ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ serta ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere!’

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.