ad
AGENDA

Tanda, bukti kekuasaan Allah SWT berada di sekeliling manusia (VIDEO)

2 Apr 2024, 3:55 PM
Tanda, bukti kekuasaan Allah SWT berada di sekeliling manusia (VIDEO)
Tanda, bukti kekuasaan Allah SWT berada di sekeliling manusia (VIDEO)

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pelbagai tanda kekuasaan Allah SWT dapat dilihat sama ada dari segi ilmu, teknologi, kebangkitan Islam sehingga apa yang berlaku di Palestin hari ini.

Demikian ulasan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Fussilat ayat 53 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat itu menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang sentiasa berlaku dari dulu hingga hari ini.

"Ayat ini boleh dihuraikan kepada dua dimensi iaitu teknologi, ketamadunan serta segala bentuk cabang keilmuan yang terbuka satu demi satu yang menampakkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

[caption id="attachment_635940" align="aligncenter" width="766"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

"Dimensi kedua boleh dilihat kebangkitan Islam bermula dengan pembukaan Mekah dan dalam kontek hari ini apa yang berlaku di Palestin menunjukkan tanda kekuasaan Allah," katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata dalam kita bersedih dengan isu Palestin, jangan dilupa di sebalik apa yang berlaku itu membuktikan kekuasaan Allah SWT dan manusia memandang kekuasaan Allah itu untuk membantu umat Islam bukan saja di Palestin tetapi di mana saja.

Menurutnya ayat itu juga memfokus kepada kekuasaan Allah yang memperlihatkan kebangkitan Islam, keilmuan melibatkan cakerawala, di laut, daratan yang mana penyerahan mutlak adalah kepada Allah SWT.

"Apa yang berlaku di alam ini, kita harus sedar semua itu adalah bukti dan saksi hidup Allah SWT itu wujud, sepatutnya ia jadi penggantungan mutlak manusia," katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin menyatakan tanda kebesaran atau kekuasaan Allah SWT dibuktikan dengan ilmu yang ditemui saban waktu serta dalam pelbagai bidang.

"Janji yang ditulis dalam al-Quran satu persatu dibuktikan sama ada dari bentuk kejadian, kemenangan atau kebangkitan Islam.

"Begitu besar pengertian dan juga fungsi ilmu dalam kehidupan yang diajar, diingat dalam al-Quran," katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: Amanah, cerita kebenaran

Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: Istiqamah mengingat Allah

Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

Episod 18: Rasullullah susuk penting

Episod 19: Waspada sifat orang munafik                                                                                                              Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

Episod 21: Serah kepada Allah setelah ikhtiar, doa

[embed]https://twitter.com/i/status/1775163142232055979[/embed]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.