ad
PBT

MPS sedia kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri

1 Apr 2024, 10:45 AM
MPS sedia kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 1 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri bermula hari ini hingga 7 April.

Program ‘spring cleaning’ dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) itu bagi membantu orang ramai membuang sisa elektrik dan elektronik (e-waste) serta sampah perabot untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Jelas MPS, jenis sisa yang boleh dilupuskan adalah perabot seperti sofa dan katil, sisa elektrik dan elektronik (e-waste) serta sisa kitar semula.

“Sisa makanan, sisa pokok dan sisa binaan (tidak termasuk dalam program ini) dan ia hendaklah dilupuskan mengikut medium pengurusan sisa yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

“Sisa tersebut tidak akan diangkat sekiranya diletakkan di hadapan rumah semasa hari kutipan ditetapkan,” katanya di Facebook.

Menurut MPS kutipan adalah secara berjadual di kediaman oleh KDEBWM dengan pemohon perlu menghubungi pihak MPS untuk penetapan tarikh kutipan.

“Konsep kutipan adalah siapa cepat dia dapat (first come first serve). Sekiranya jadual telah penuh kutipan akan dilakukan mengikut jadual kutipan sampah pukal hakiki kawasan tersebut.

“Untuk tempahan waktu kutipan, hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) di talian 03-6126 6080 bermula pada hari ini sehingga 5 April dari 8 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.