ad
ADN

900 individu DUN Kota Anggerik terima baucar RM200 sempena Aidilfitri

1 Apr 2024, 4:38 AM
900 individu DUN Kota Anggerik terima baucar RM200 sempena Aidilfitri
900 individu DUN Kota Anggerik terima baucar RM200 sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 900 individu daripada keluarga berpendapatan rendah sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menerima baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata jumlah agihan baucar Jom Shopping itu membabitkan peruntukan RM180,000.

“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang disampaikan menerusi DUN Kota Anggerik. Seramai 900 individu terima manfaat dengan setiap seorang mendapat baucar RM200.

[caption id="attachment_635842" align="aligncenter" width="824"] Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bersama penerima baucar Jom Shopping Aidilfitri selepas program agihan di pasar raya Giant Shah Alam pada 31 Mac 2024. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik[/caption]

“Diharap bantuan ini beri peluang penerima membeli keperluan Aidilfitri selain meringankan beban serta memberi keceriaan,” katanya kepada Selangorkini.

Tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan program bantuan baucar Jom Shopping perayaan diteruskan dengan peruntukan RM16.48 juta.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, baucar belian barangan keperluan bernilai RM200 disasar kepada 82,400 keluarga kurang berkemampuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.