ad
AGENDA

Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan susulan di rumah

31 Mac 2024, 9:25 AM
Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan susulan di rumah

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Mohd Na'im yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang batu karang dari kelenjar air liur berkata beliau akan meneruskan rawatan dan terapi di rumah.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih atas segala khidmat dan jasa baik yang diberikan oleh warga kerja Hospital Putrajaya terutamanya kepada doktor dan jururawat yang merawat saya sepanjang menjalani rawatan di sini.

"Semoga Allah merahmati semua warga kerja petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan tulus ikhlas mengharapkan reda Allah jua," katanya menerusi status dimuat naik di Facebook hari ini.

Mohd Na'im yang menerima rawatan di hospital itu sejak beberapa hari lepas, turut menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.