ad
AGENDA

Sesat lebih 15 jam ketika pikat ayam hutan, tiga remaja ditemukan selamat

31 Mac 2024, 5:22 AM
Sesat lebih 15 jam ketika pikat ayam hutan, tiga remaja ditemukan selamat

MARANG, 31 MAC: Tiga remaja yang dilaporkan sesat lebih 15 jam di dalam hutan di Kampung Pulau Kerengga di sini ketika memikat ayam hutan, ditemukan selamat pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang Zuraidi Yusuf berkata remaja tersebut Mohamad Adam Ajmal Zainudin dan Mohamad Harris Kamarudin, masing-masing berusia 15 tahun serta Muhamad Amirul Haziq Selamat,16, dijumpai penduduk kampung pada 8.13 pagi pada jarak empat kilometer dari tepi jalan.

“Semasa dijumpai keadaan kesemua mangsa lemah dan mengalami luka-luka kecil di badan. Mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Gong Balai untuk pemeriksaan dan rawatan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kehilangan tiga remaja terbabit dilaporkan pada 4.19 petang semalam dan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang bergegas ke lokasi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.