ad
BERITA UTAMA

Perkasa usaha merakyat universiti, wujud ekosistem komuniti berilmu

31 Mac 2024, 2:00 AM
Perkasa usaha merakyat universiti, wujud ekosistem komuniti berilmu
Perkasa usaha merakyat universiti, wujud ekosistem komuniti berilmu

HULU LANGAT, 31 MAC: Dato’ Menteri Besar mahu warga Universiti Islam Selangor (UIS) memperkasa usaha merakyat universiti ke arah mewujudkan ekosistem komuniti berilmu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata konsep pemindahan ilmu tidak hanya terhad dalam ruang lingkup sesebuah institusi pendidikan sebaliknya perlu lebih meluas menjangkaui masyarakat sekitar.

“Kita mahu masyarakat sekeliling terbias dan terkesan dengan kewujudan universiti. Kita lihat banyak di luar negara seperti di Boston yang menerima kesan limpahan kewujudan Universiti Harvard. Akhirnya memberi kesan langsung kepada komuniti sekitarnya dengan membentuk ekosistem pendidikan cemerlang dalam komuniti itu.

“Bukan hanya terhad belajar di kelas atau dewan kuliah tetapi bagaimana kita menghubungkan kebijaksanaan ilmu dan penerokaan pengalaman melalui interaksi dengan masyarakat.

“Ini harus dilaksanakan dan diamalkan oleh mahasiswi dan mahasiswa. (Penerokaan ilmu dan pengalaman) bukan hanya dalam ruang lingkup universiti saja tetapi ia lebih daripada batas itu,” katanya.

[caption id="attachment_635683" align="alignnone" width="732"] Naib Canselor UIS Dato' Profesor Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah menyampaikan kuliah subuh ketika program qiamullail perdana, sahur dan subuh berjemaah di Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor, Bangi pada 31 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau menghadiri program qiamullail perdana, sahur dan subuh berjemaah bersama kira-kira 300 warga UIS di Masjid Al-Azhar UIS, Bandar Seri Putra dekat sini.

Beliau turut mendengar kuliah Subuh bertajuk Di Bawah Teduhan al-Quran disampaikan Naib Canselor UIS Dato’ Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada 56 pelajar asnaf UIS dan anak yatim.

Amirudin menambah UIS antara lambang kecemerlangan dan kemampuan yang memastikan Selangor berkembang dan membangun melalui ilmu pengetahuan.

“Negeri ini mampu ditegakkan dalam pelbagai sektor dan bidang ilmu mencakupi segenap aspek termasuklah agama dengan tertubuhnya UIS,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.