ad
AGENDA

Lima penyamun bersenjata mati berbalas tembakan dengan polis

30 Mac 2024, 2:39 AM
Lima penyamun bersenjata mati berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Polis menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.

“Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas.

Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.