ad
AGENSI

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM, serah sumbangan raya

29 Mac 2024, 2:00 PM
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM, serah sumbangan raya
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM, serah sumbangan raya
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM, serah sumbangan raya

SHAH ALAM, 29 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mencemar duli menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

Pada majlis tersebut, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyampaikan duit raya RM20,000 kepada 100 pelajar asnaf sumbangan Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (Zawaf) UiTM.

[caption id="attachment_635525" align="aligncenter" width="815"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar asnaf sempena majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam pada 29 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Selepas majlis penyampaian sumbangan itu Baginda berdua berkenaan menyertai majlis bacaan Yasin.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah, EXCO Belia Mohd Najwan Halimi, Pengerusi UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin serta barisan pengurusan Universiti.

Selepas santapan berbuka puasa, Sultan Selangor berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih.

[caption id="attachment_635523" align="aligncenter" width="814"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menunaikan solat maghrib bersama jemaah sempena majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam pada 29 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.