ad
AGENDA

Rasulullah susuk terpenting, dipelihara kemuliaannya (VIDEO)

29 Mac 2024, 1:00 PM
Rasulullah susuk terpenting, dipelihara kemuliaannya (VIDEO)
Rasulullah susuk terpenting, dipelihara kemuliaannya (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 MAC: Rasulullah SAW merupakan susuk paling penting kepada umat Islam dimana kemuliaannya dijunjung tinggi dan dipelihara Allah.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 142 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal dalam ayat berkenaan Allah melabelkan manusia sebagai 'bodoh' kerana mengkritik Nabi Muhammad dalam hal pemindahan arah kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullah.

[caption id="attachment_633373" align="aligncenter" width="603"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

“Lihat betapa pentingnya menjaga Nabi Muhammad. Orang yang kurang cerdik, mereka akan mengenepikan nabi dan merasakan nabi seperti orang biasa.

“Memang nabi adalah manusia tetapi nabi dahsyat. Ada satu hadis sahih yang menceritakan azab kubur kepada orang kafir dan munafik yang tidak mengenali nabi,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam terus menghayati Ramadan menerusi sunnah Rasulullah dan amalan ibadat lain yang dituntut.

“Teruskan penghayatan dan pemantapan kita di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran, mendalami sunnah Rasulullah di malam-malam terakhir Ramadan,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: istiqamah mengingat Allah

Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan

Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara

Episod 17: pemimpin berbincang sebelum buat keputusan

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/Episod-18-Surah-Al-Baqarah-Ayat-142.mp4"][/video]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.