ad
AGENDA

Ujian Allah sesuai dengan kemampuan hamba-Nya (VIDEO)

26 Mac 2024, 1:30 PM
Ujian Allah sesuai dengan kemampuan hamba-Nya (VIDEO)
Ujian Allah sesuai dengan kemampuan hamba-Nya (VIDEO)

SHAH ALAM, 26 MAC: Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuan mereka justeru manusia dituntut bersabar dan berdoa dipermudah urusan jika ditimpa ujian.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 286 iaitu ayat terakhir Surah Al-Baqarah yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Don Daniyal berkata ayat itu menerangkan Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan sekadar kemampuan mereka.

[caption id="attachment_632725" align="aligncenter" width="605"] Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan[/caption]

“Sebab itu kita berdoa, Tuhan bagi dekat kami yang kami mampu. Jangan bagi yang lebih, yang kami tidak mampu.

“Tidak ada daya dan upaya kalau Allah kata jadi maka jadi. Contoh paling mudah adalah (wabak) Covid (Covid-19),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata sewajarnya setiap manusia mengakui dan menyedari kelemahan dan batasan yang ada pada diri dan akhirnya menyerahkan kepada Tuhan setelah berusaha.

“Doa kepada Allah itu adalah senjata penting yang menjadi pelindung kita dalam berdepan dengan apa-apa cabaran dan ingatlah ujian yang datang itu pasti diikuti dengan kebaikan dan di setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah

Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan

Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa

Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah

Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu

Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat

Episod 14: istiqamah mengingat Allah

 

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/Episod-15-Surah-Al-Baqarah-Ayat-286.mp4"][/video]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.