ad
AGENDA

SPRM tahan pegawai kanan polis, temui lebih RM2 juta disyaki duit rasuah

24 Mac 2024, 7:49 AM
SPRM tahan pegawai kanan polis, temui lebih RM2 juta disyaki duit rasuah

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini,” menurut sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan berkenaan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.