ad
BUDAYA

Sonet: Malam Mengingat Kekasih

24 Mac 2024, 12:45 AM
Sonet: Malam Mengingat Kekasih

kau muncul silang kata berpetak

petak beberapa huruf tumbuh

pembayang belaka segan masak

pantang diisi mula mengimbuh

kau kadang di tengah papan catur

sedang dibangun begitu padat

melelong patuh mampus bergugur

askar-askar junjung cuma adat

kau mungkin seiras lampu jalan

memacu rusuh dada kelkatu

kerumun malam jemu perlahan

disisih sayap terbakar waktu

hai pelukan mana kau bersuam

mengingatkau bersuluhlah suram.

Fadhilah Ad Deen

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.