ad
AGENDA

Beregu Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon tentukan juara Terbuka Switzerland

24 Mac 2024, 12:44 AM
Beregu Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon tentukan juara Terbuka Switzerland
Beregu Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon tentukan juara Terbuka Switzerland

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Dua beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal bertembung sesama sendiri di final selepas menyingkirkan lawan masing-masing di separuh akhir Terbuka Switzerland 2024, awal pagi tadi.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel, Tang Jie-Ee Wei selaku beregu ranking kesembilan dunia mudah melangkah ke final apabila meraih kemenangan straight set 21-16 dan 21-12 ke atas beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Kemaraan itu kemudian diteruskan Soon Huat-Shevon ranking ke-14 dunia apabila menewaskan beregu Belanda Robin Tabeling-Selena Piek, 21-18 dan 21-16 dalam tempoh 37 minit dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ia pertembungan kali ketiga buat kedua-dua pasangan negara itu selepas Terbuka Korea 2023 dan Masters Jepun 2023 dengan masing-masing pernah meraih kemenangan.

Pertemuan final membabitkan kedua-dua pasangan beregu negara itu akan berlangsung malam ini.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_634619" align="aligncenter" width="688"] Aksi beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai ketika separuh akhir Terbuka Switzerland pada 23 Mac 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.