ad

Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac

23 Mac 2024, 3:00 AM
Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac
Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac
Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac
Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac
Orang ramai manfaat kaunter fizikal daftar Padu menjelang tarikh akhir 31 Mac

SHAH ALAM, 23 MAC: Rakyat negeri ini memanfaatkan pembukaan kaunter fizikal sistem Pangkalan Data Utama (Padu) untuk mengemas kini maklumat peribadi menjelang tarikh akhir pada 31 Mac ini.

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor memaklumkan di laman X semalam, orang ramai berpusu-pusu hadir di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Kuala Langat.

Agensi tersebut memaklumkan kemudahan kaunter fizikal turut mendapat sambutan di Aeon Subang, Econsave Pandamaran, projek perumahan rakyat (PPR) Seri Perantau Pelabuhan Klang dan NADi Kota Raja Klang.

Setakat 20 Mac, sebanyak 6.34 juta individu di seluruh negara mengemas kini data masing-masing dalam sistem Padu.

Menurut Facebook rasmi sistem berkenaan, Selangor mencatat rekod pengemaskinian maklumat tertinggi iaitu 970,000 orang diikuti Sarawak (770,000) dan Johor (650,000).

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya giat membantu penduduk negeri ini mengemas kini maklumat dalam sistem Padu.

Pada 18 Mac, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyarankan ketua isi rumah segera mendaftar Padu bagi bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Sistem Padu yang dilancarkan pada 2 Januari lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu didaftar dan dikemaskini menerusi pautan www.padu.gov.my sehingga 31 Mac.

[caption id="attachment_634408" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan di Dewan Orang Ramai Tanjung Sepat pada 22 Mac 2024. Foto X Jabatan Perangkaan Malaysia[/caption]

[caption id="attachment_634409" align="aligncenter" width="689"] Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Kuala Langat pada 22 Mac 2024. Foto X Jabatan Perangkaan Malaysia[/caption]

[caption id="attachment_634414" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan di Econsave Pandamaran pada 22 Mac 2024. Foto X Jabatan Perangkaan Malaysia[/caption]

[caption id="attachment_634410" align="aligncenter" width="668"] Orang ramai mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter yang disediakan di PPR Seri Perantau, Port Klang pada 22 Mac 2024. Foto X Jabatan Perangkaan Malaysia[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.