ad
AGENSI

Hijrah Selangor sedia dana pinjaman RM1 bilion bantu usahawan

20 Mac 2024, 9:00 AM
Hijrah Selangor sedia dana pinjaman RM1 bilion bantu usahawan
Hijrah Selangor sedia dana pinjaman RM1 bilion bantu usahawan
Hijrah Selangor sedia dana pinjaman RM1 bilion bantu usahawan

SHAH ALAM, 20 MAC: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) meletak sasaran untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada usahawan sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah menjelaskan 88,653 pembiayaan diberi kepada 59,508 peminjam membabitkan keseluruhan berjumlah RM797 juta sejak 2015.

[caption id="attachment_633979" align="aligncenter" width="812"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato' Mearia Hamzah berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Hijrah Selangor dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk tahun ini, kita sasar RM1 bilion dengan peruntukan sedia ada sebanyak RM60 juta yang disediakan kepada Hijrah Selangor,” katanya di bangunan pentadbiran negeri hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani memorandum persefahaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit Azaddin Ngah Tasir sambil disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop dan EXCO Pemberdayaan Usahawan Najwan Halimi.

[caption id="attachment_633971" align="aligncenter" width="811"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato' Mearia Hamzah (empat, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Azaddin Ngah Tasir (tiga, kanan) menunjukkan dokumen sambil disaksikan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Hijrah Selangor dan AKPK di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mearia menambah Hijrah Selangor juga mahu mengadakan pelbagai inisatif menerusi 'Business Turn Around Plan' (BTP 2024–2028) bagi meningkatkan operasi lagi agensi berkenaan.

Katanya, pelan itu mengandungi empat perkara iaitu pertumbuhan dan pembangunan usahawan, kecemerlangan kewangan, kualiti aset terbaik dan prestasi kakitangan serta tadbir urus baik.

“Salah satu kaedah adalah memberi tumpuan kepada kutipan balik. Ia dilaksanakan dengan pelbagai cara iaitu menerusi cawangan pejabat dan agensi kutipan swasta,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.