ad
AGENDA

Negeri giat usaha galak penduduk daftar, kemas kini sistem Padu

20 Mac 2024, 8:30 AM
Negeri giat usaha galak penduduk daftar, kemas kini sistem Padu
Negeri giat usaha galak penduduk daftar, kemas kini sistem Padu
Negeri giat usaha galak penduduk daftar, kemas kini sistem Padu

SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Negeri terus mempergiat usaha membantu penduduk mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kepadatan penduduk yang tinggi di Selangor menjadi faktor utama kepada jumlah pendaftaran yang masih rendah.

[caption id="attachment_633984" align="aligncenter" width="778"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Yayasan Hijrah Selangor dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sudah menggiatkan melalui pendaftaran penjawat awam. Namun kita ada penduduk yang ramai dan kalau tidak melihat peratusan, jumlah kita yang mendaftar sebenarnya tinggi.

“Kita sudah buka kaunter di setiap program dan ia juga ditambah dengan isu pelantikan ketua kampung yang belum selesai. Kalau sudah ada pelantikan mungkin jadi lebih mudah,” katanya kepada pemberita di bangunan pentadbiran negeri hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Mearia Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Azaddin Ngah Tasir.

[caption id="attachment_633971" align="aligncenter" width="784"] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (YHS) Dato' Mearia Hamzah (empat, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Azaddin Ngah Tasir (tiga, kanan) menunjukkan dokumen sambil disaksikan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara YHS dan AKPK di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam pada 20 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menambah Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi bagi mengenalpasti strategi baharu untuk menggalakkan pendaftaran sistem Padu.

Menurutnya antara cadangan yang boleh dipertimbangkan termasuklah melantik sukarelawan atau wakil yang boleh mengunjungi rumah penduduk dari pintu ke pintu.

“Kita perlu galakkan pendaftaran melalui sukarelawan dan wakil yang boleh mengetuk setiap pintu. Perkara ini boleh dikoordinasi dengan ahli majlis dan pemimpin tempatan, kita akan lakukan nanti,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata sebanyak 4,752 kawasan di negara ini belum diliputi pendaftaran Padu dan berisiko keciciran daripada bantuan kerajaan.

Menurutnya Selangor mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 1,282 kawasan diikuti Kuala Lumpur (992), Sarawak (765), Sabah (620), Johor (271), Pulau Pinang (243) dan Kelantan (228).

Sistem Padu yang dilancarkan pada 2 Januari lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didaftar dan dikemaskini sehingga 31 Mac ini menerusi pautan www.padu.gov.my

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.