ad
AGENSI

Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan kepada 458 asnaf

18 Mac 2024, 11:54 PM
Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan kepada 458 asnaf
Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan kepada 458 asnaf
Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan kepada 458 asnaf

SABAK BERNAM, 19 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani di sini, semalam.

Baginda diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Dato’ Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan raya RM229,500 kepada 458 penerima meliputi asnaf, miskin dan mualaf sekitar Sabak Bernam.

[caption id="attachment_633727" align="aligncenter" width="691"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 458 penerima
dengan setiap seorang menerima bantuan RM500 pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid An-Nur, Sabak Bernam 18 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Keceriaan tergambar pada wajah 266 penduduk miskin, 61 asnaf fakir, dan 132 mualaf yang masing-masing menerima sumbangan RM500 daripada Sultan Sharafuddin.

Dalam majlis sama, Baginda turut berkenan menamakan dan merasmikan Masjid An-Nur berusia 76 tahun yang selesai dinaik taraf bulan lalu.

[caption id="attachment_633728" align="aligncenter" width="686"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid An-Nur sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Sabak Bernam pada 18 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Selepas santapan berbuka puasa, DYMM Sultan Selangor berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Hadir sama Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.