ad
AGENDA

Ilmu datang pelbagai arah, umat Islam disaran peka hikmah Allah (VIDEO)

18 Mac 2024, 1:00 PM
Ilmu datang pelbagai arah, umat Islam disaran peka hikmah Allah (VIDEO)

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 18 MAC: Umat Islam disaran agar sentiasa peka dan berlapang dada dengan setiap kejadian yang berlaku.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah Al-Ma'idah Ayat 31 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid berkata ini, kerana setiap kejadian ada ilmu dan hikmah daripada Allah SWT.

"Ilmu datang daripada pelbagai arah kerana Allah SWT mahu umat memandang dengan pandangan yang Allah tahu semua tindak tanduk manusia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Amirudin berkata surah Al-Ma'idah Ayat 31 turut mengajar kita memahami sesuatu kejadian dengan hati yang jelas.

"Ketika bencana dan keadaan sukar juga memberi banyak ilmu pengetahuan kepada manusia.

“Ia datang daripada Allah dalam pelbagai bentuk. Jika kita reda dan memahami dengan hati yang jelas, insya-Allah kita akan nampak kebaikan dan boleh dimanfaatkan,” katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik

Episod 5: amanah, cerita kebenaran

Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/Episod-7-Surah-Al-Maidah-Ayat-31.mp4"][/video]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.