ad
AGENDA

Sembilan trak bantuan tiba di kem pelarian utara Gaza

18 Mac 2024, 4:52 AM
Sembilan trak bantuan tiba di kem pelarian utara Gaza

GAZA, 18 MAC: Bandar di utara Gaza, Jabalia menerima penghantaran bantuan pertamanya dalam tempoh kira-kira empat bulan, menurut beberapa sumber pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Ini selepas tentera Israel membenarkan sembilan trak yang dimuatkan dengan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah utara Semenanjung Gaza, termasuk Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahiya.

Bantuan yang terdiri daripada tepung, beras, makanan dalam tin dan gula itu sampai ke kem pelarian Jabalia di bawah pengawasan perkhidmatan keselamatan kerajaan Gaza dengan kerjasama masyarakat setempat.

Bantuan itu kemudiannya disimpan di gudang yang diuruskan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 27 individu di Gaza telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi disebabkan kepungan Israel.

Lebih 31,600 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza manakala hampir 73,700 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel sejak Sejak 7 Okt lepas.

-BERNAMA-Anadolu

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.