ad
AGENDA

STDC-iMotorbike meterai kerjasama, terima pelaburan PNSB RM2 juta

15 Mac 2024, 6:30 AM
STDC-iMotorbike meterai kerjasama, terima pelaburan PNSB RM2 juta
STDC-iMotorbike meterai kerjasama, terima pelaburan PNSB RM2 juta

SHAH ALAM, 15 MAC: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeterai usahasama dengan syarikat jualan motosikal iMotorbike bagi memperkasa pendidikan dan pembangunan belia negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama itu memberi peluang pelajar dan graduan STDC mengikuti kursus latihan industri selain peluang pekerjaan dalam industri permotoran.

“Kerjasama bersama iMotorbike merupakan salah satu inisatif Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemahiran pelajar industri STDC yang akhirnya akan memacu pertumbuhan ekonomi Selangor,” katanya.

Sebelum itu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pengerusi STDC Nazri Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike Gil Carmo di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar.

[caption id="attachment_633112" align="aligncenter" width="799"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike World Sdn Bhd Gil Carmo (depan, kiri) dan Pengerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) Nazri Noh (depan, kanan) di iMotorbike Glenmarie Showroom 12, Shah Alam pada 15 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin memaklumkan iMotorbike yang menjalankan perniagaan pembelian dan jualan motosikal terpakai merupakan syarikat pemula pertama menerima pelaburan terbesar PNSB bernilai RM2 juta.

Menurutnya, syarikat itu terpilih daripada 150 permohonan susulan kejayaan menjana keuntungan tahunan lebih RM23 juta selain mempunyai rangkaian syarikat di Vientnam.

“Pelaburan ini akan menjadi sumber baharu kepada Selangor yang turut menerima keuntungan mengikut persen dan satu kitaran untuk kita mengembangkan lebih banyak syarikat pemula,” katanya.

Dalam majlis sama, iMotorbike turut mengumumkan potongan harga RM100 kepada rakyat Selangor bagi pembelian motosikal bawah 250cc dan RM200 bagi motosikal kuasa 250cc ke atas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.