Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM,15 MAC: Seramai 200 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
Penyelaras DUN Taman Medan berkata sumbangan sempena Ramadan itu diserahkan secara berperingkat kepada keluarga kurang berkemampuan di DUN tersebut.
“Pemberian sumbangan ini adalah bagi meringankan beban golongan memerlukan pada Ramadan tahun ini.
“Terima kasih kepada pihak MBI kerana telah meluluskan permohonan dan berharap bantuan ini memberi sinar kepada mereka yang menerimanya,” kata Halimey Abu Bakar.
Pada 9 Mac lalu, MBI memperuntuk RM1 juta bagi program bakul makanan pada tahun ini bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah seperti menjelang Ramadan.