ad
AGENDA

Saksikan tadabbur al-Quran sehari satu ayat sepanjang Ramadan (VIDEO)

15 Mac 2024, 3:00 AM
Saksikan tadabbur al-Quran sehari satu ayat sepanjang Ramadan (VIDEO)

SHAH ALAM, 15 MAC: Program tadabbur al-Quran sehari satu ayat kembali menemui orang ramai sepanjang Ramadan sejak 12 Mac.

Program bertema tadabbur dan pengertian al-Quran dipancar melalui media sosial Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Menurut Dato’ Menteri Besar, penganjuran kali ini susulan maklum balas positif dengan kadar tontonan tinggi ketika ditayangkan di TV Al-Hijrah.

“Kali ini saya akan dibimbing oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Pada kali ini kita akan menjemput saudara Qawiy (Abdul Qawiy Abdul Rashid ), seorang qari yang berbakat untuk bersama-sama membacakan tilawah ayat-ayat pilihan,” katanya Dato Seri Amirudin Shari.

[video width="848" height="480" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Video-2024-03-11-at-11.10.12-AM.mp4"][/video]

 

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan

Episod 2: mohon petunjuk dan ilham

Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.