ad
AGENDA

Lapan kawasan di utara Semenanjung catat suhu panas tahap berjaga-jaga

13 Mac 2024, 3:30 PM
Lapan kawasan di utara Semenanjung catat suhu panas tahap berjaga-jaga
Lapan kawasan di utara Semenanjung catat suhu panas tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR 13 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di www.met.gov.my

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.