ad
BERITA UTAMA

Negeri peruntuk lebih RM7.5 juta sedia 37,550 baucar Aidilfitri

13 Mac 2024, 10:00 AM
Negeri peruntuk lebih RM7.5 juta sedia 37,550 baucar Aidilfitri

SHAH ALAM, 13 MAC: Sebanyak 37,550 baucar Jom Shopping bernilai RM200 bakal diagih sempena sambutan Aidilfiri bulan depan, kata EXCO pembasmi kemiskinan.

V Papparaidu berkata program yang menyasarkan golongan memerlukan dan berpendapatan rendah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan peruntukan RM7.510 juta.

“Semua baucar sudah diserahkan kepada semua DUN. Urusan agihan akan dibuat wakil rakyat atau penyelaras kawasan.

“Jumlah baucar bergantung kepada populasi penduduk. Semua penerima sudah dikenal pasti dan proses serahan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata inisiatif terbabit akan meringankan beban penerima dan membantu mereka menyediakan kelengkapan raya.

Selangor memperuntuk RM16.48 juta tahun ini bagi program pemberian baucar perayaan mengikut komponen kaum yang memanfaatkan 82,400 penerima.

Pada sambutan Tahun Baharu Cina pada Januari lalu, Kerajaan Negeri menyediakan 23,900 baucar melibatkan dana RM4.78 juta yang diagihkan ke setiap kawasan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.