ad
AGENDA

14 kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan

13 Mac 2024, 5:01 AM
14 kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan

MOSCOW, 13 MAC: Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel, kata PCRS, lapor Sputnik.

Bagaimanapun, PCRS berkata lokasi mereka masih tidak diketahui.

"Pihak berkuasa Israel terus menahan 14 ahli PRCS, yang lokasinya masih belum diketahui. Keluarga dan rakan sekerja sangat bimbang keselamatan mereka kerana terdapat laporan penyeksaan dan penganiayaan berdasarkan testimoni daripada rakan sekerja yang dibebaskan," kata PCRS menerusi hantaran di laman X pada Selasa.

Pertubuhan itu menggesa masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan "memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk membebaskan dengan segera pasukan kami yang ditahan".

- BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.