ad
BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri teliti cadangan libatkan OKU dalam program belia

11 Mac 2024, 4:00 AM
Kerajaan Negeri teliti cadangan libatkan OKU dalam program belia
Kerajaan Negeri teliti cadangan libatkan OKU dalam program belia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 11 MAC: Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk melibatkan orang kurang upaya (OKU) dalam  program belia agar golongan itu tidak ketinggalan seterusnya mengembang potensi.

EXCO Belia Najwan Halimi berkata pihaknya akan berbincang dengan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan untuk menyelaras dan kenal pasti program atau inisiatif bagi golongan tersebut.

“Pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri disediakan untuk golongan OKU namun kita melihat mereka juga mahu terlibat dalam program belia sama ada di peringkat Kementerian Belia dan Sukan dan negeri.

[caption id="attachment_632516" align="alignnone" width="856"] Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim (tengah) bersama EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi (kanan) menyertai Konvoi motosikal pada sesi town hall Kembara Jumpa Orang Muda di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 10 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita akan terus teliti dan perhalusi keperluan ini. Apa yang penting, kita akan pastikan mereka ini tidak ketinggalan daripada segi penglibatan program pembangunan belia di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dihadiri Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim di sini semalam.

Kembara JOM edisi ketiga peringkat Selangor disertai 2,500 belia bagi membolehkan golongan itu menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap rangka Pelan Transisi Kepimpinan Belia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.