ad
AGENSI

Tourism Selangor sasar dua juta pelancong asing menjelang 2025

10 Mac 2024, 4:30 AM
Tourism Selangor sasar dua juta pelancong asing menjelang 2025

SHAH ALAM, 10 MAC: Tourism Selangor menyasar kemasukan dua juta pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Selangor tahun depan, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Menurut Azrul Shah Mohamad, pelancong terutama dari Eropah biasanya bercuti antara lapan hingga sembilan hari di Selangor, sama ada bersama keluarga atau tujuan perniagaan.

Jelasnya, lokasi tarikan seperti budaya Mah Meri di Kuala Langat, Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Wings of Kuala Kubu Bharu dan basikal bukit di Hulu Selangor.

"Tarikan pelancongan ini menumpukan kepada segmentasi ekopelancongan, gastronomi (pelancongan makanan), taman tema, pantai dan pusat peranginan," katanya dalam kenyataan.

Seramai 94,264 pelancong Eropah melawat Selangor pada 2022, dengan United Kingdom merekodkan jumlah kemasukan tertinggi seramai 20,639 orang diikuti Jerman (10,819 orang).

Dalam pada itu, Azrul memaklumkan Tourism Selangor turut menyertai pameran pelancongan terbesar dunia Internationale Tourimus Borse di Berlin mulai 3 hingga 8 Mac.

Beliau berkata penyertaan kali keenam itu juga membawa kepada kerjasama dua hala bersama Republik Czech, Estonia dan Discova, sebuah syarikat pengurusan destinasi global.

"Kerjasama ini dijangka akan menggerakkan siri promosi silang bagi lawatan ke Selangor dan

pembangunan pakej pelancongan untuk pasaran yang berkaitan," katanya lagi.

Misi berkenaan yang diketuai Tourism Malaysia dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan

Malaysia menghimpunkan lebih 10,000 pemain pelancongan dari 185 negara.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.