ad
BUDAYA

Kudengar

10 Mac 2024, 12:45 AM
Kudengar

i.

kudengar guruh sudah tiba

Sekalian gerimis dan pelangi berhenti

Di stesen musim sementara

Hanya ribut dan angin mengerti

Ulat dan kepompong jatuh dari ranting.

ii.

Kudengar bahala menjelma derita

Bila sekalian desah menjadi resah

Memujuk hujan tak juga berhenti

Hanya pohon jambu itu mengerti

Ketika ranting-rantingnya runtuh

burung-burung tak lagi bermain di situ.

 

Ghazali Sulong

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.