ad
AGENDA

6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

9 Mac 2024, 1:41 PM
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

KUCHING, 9 MAC: Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.

Beliau berkata penempatan itu adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak.

“Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini hari ini.

Azman berkata demikian semasa mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.

Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.