ad
ADN

Wakil rakyat agih kupon RM5 di bazar Ramadan, ringan beban penduduk

9 Mac 2024, 10:48 AM
Wakil rakyat agih kupon RM5 di bazar Ramadan, ringan beban penduduk

PETALING JAYA, 9 MAC: Sebanyak 500 kupon bernilai RM5 akan diagihkan kepada pengunjung di bazar Ramadan Selayang Utama, Damansara Damai dan Taman Ehsan.

Wakil rakyat Bukit Lanjan Pua Pei Ling berkata inisiatif itu bertujuan membantu peniaga bazar mencari rezeki serta meringankan beban belanja penduduk.

"Kita akan turun padang tiga hari berturut-turut pada minggu kedua Ramadan untuk mengedarkan kupon ini kepada pelanggan dengan berkonsep siapa cepat dia dapat.

"Inisiatif ini bertujuan membantu peniaga bazar mencari rezeki selain meringankan beban pembeli memandangkan kos harga barangan agak tinggi ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan serahan sumbangan 150 bakul makanan kepada penduduk kurang berkemampuan di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai di sini hari ini.

Pei Ling menjelaskan pihaknya turut bercadang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk termasuk edaran kurma sepanjang Ramadan ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.