ad
AGENDA

Beregu lelaki utama negara kandas di suku akhir Terbuka Perancis

8 Mac 2024, 2:29 PM
Beregu lelaki utama negara kandas di suku akhir Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.

Beregu lelaki utama negara itu tunduk kepada pasangan kedua dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 19-21, 16-21 dalam perlawanan berlangsung 43 minit.

Gandingan Korea Selatan itu akan berdepan sama ada pilihan utama kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty atau Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren dari Thailand.

Aaron-Wooi Yik akan membawa cabaran Malaysia di kejohanan All England 2024 di Birmingham berlangsung pada 12 hingga 17 Mac ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.