ad
BERITA UTAMA

Negeri sedia RM5 juta tampung kos rawatan rakyat kurang mampu

8 Mac 2024, 5:42 AM
Negeri sedia RM5 juta tampung kos rawatan rakyat kurang mampu

SHAH ALAM, 8 MAC: Sejumlah RM5 juta diperuntuk Kerajaan Negeri tahun ini menerusi Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang menawarkan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan kesihatan rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan sehingga RM5,000 kepada golongan kurang berkemampuan itu meliputi rawatan dialisis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan alat perubatan di hospital kerajaan.

“Di Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan bantuan untuk rawatan kesihatan bagi mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah BSS telah membantu ramai rakyat dengan setiap penerima boleh mendapat bantuan kewangan sehingga RM5,000,” kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau berkata Kerajaan Negeri turut menyediakan program Selangor Saring untuk rakyat mendapatkan saringan kesihatan percuma.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri bertekad memastikan kesihatan rakyat Selangor terjaga dan segala usaha dan inisiatif ini sangat penting agar kehidupan berkualiti tercapai sekali gus melonjakkan ekonomi,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Amirudin berkata Kerajaan Negeri meneruskan BSS yang diperkenal sejak 2009 dengan peruntukan berjumlah RM5 juta tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.