ad
AGENDA

Terbuka Perancis: Beregu campuran Tang Jie-Ee Wei tersingkir pusingan kedua

7 Mac 2024, 1:19 PM
Terbuka Perancis: Beregu campuran Tang Jie-Ee Wei tersingkir pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Perjuangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Terbuka Perancis 2024 terhenti selepas tewas kepada pasangan keempat dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China, hari ini.

Pasangan kesembilan dunia itu tewas 18-21, 14-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Porte de la Chapelle di Paris.

Ini merupakan kekalahan kedua pasangan negara kepada gandingan China itu selepas Jelajah Dunia Akhir 2023 yang menyaksikan mereka tewas 10-21 dan 13-21.

Pasangan China itu akan berdepan sama ada pilihan ketujuh kejohanan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan atau beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han di suku akhir esok.

Dua lagi wakil negara membabitkan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan beraksi pada awal pagi ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.