ad
AGENSI

MBI jayakan sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam

7 Mac 2024, 9:00 AM
MBI jayakan sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam
MBI jayakan sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam
MBI jayakan sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam
MBI jayakan sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 7 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membantu menjayakan program sambutan Hari Tuberculosis atau Tibi di Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Penolong pengurus Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI berkata tajaan RM4,000 turut diberikan bagi menyokong program kesedaran masyarakat anjuran fasiliti kesihatan awam dan swasta.

[caption id="attachment_631956" align="aligncenter" width="798"] Penolong Pengurus Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Nurul Hani Nadira Hamsan pada program sambutan Hari Tibi peringkat Hospital Shah Alam di Auditorium Hospital Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sentiasa menyokong mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta dalam menyampaikan program kesedaran kepada masyarakat.

“Selain sambutan Hari Tibi di Hospital Shah Alam, MBI baru-baru ini turut menaja program berkhatan di Pusat Perubatan Ara Damansara,” kata Nurul Hani Nadira Hamsan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program sambutan Hari Tibi peringkat Hospital Shah Alam di Auditorium Hospital Shah Alam.

[caption id="attachment_631953" align="aligncenter" width="814"] Timbalan Pengarah (Perubatan) 1 Dr Khairol Idham Zulkifli (kiri) membantu Penolong Pengurus Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Nurul Hani Nadira Hamsan menggunakan mikroskop ketika melawat pameran pada program sambutan Hari Tibi peringkat Hospital Shah Alam di Auditorium Hospital Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Shah Alam Dr Nur Farha Omar berkata sambutan tahunan itu diteruskan bagi meningkatkan kesedaran awam berkaitan jangkitan itu.

Katanya, Selangor antara negeri yang mencatatkan kes jangkitan Tibi tertinggi di Semenanjung Malaysia dan pihaknya sentiasa memastikan pesakit menjalani rawatan yang selesa.

[caption id="attachment_631955" align="aligncenter" width="815"] Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Shah Alam Dr Nur Farha Omar pada program sambutan Hari Tibi peringkat Hospital Shah Alam di Auditorium Hospital Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“Ada dalam kalangan pesakit tidak menghabiskan rawatan dengan anggapan memadai batuk mereka hilang hakikatnya ia mengambil tempoh enam hingga 12 bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Bagi memastikan golongan ini benar-benar sihat kita juga bekerjasama dengan pejabat kesihatan daerah menjejak pesakit.

“Selain itu, program Insentif Rawatan Tibi di bawah Kerajaan Negeri dengan bantuan RM800 bukan sahaja meringan beban pesakit malah memberi semangat untuk terus pulih dengan menghabiskan rawatan mereka,” katanya lagi.

Dr Nur Farha menambah, sambutan Hari Tibi peringkat Hospital Shah Alam diawalkan memandangkan sambutan di peringkat dunia pada 24 Mac jatuh pada bulan Ramadan.

“Pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung antaranya ceramah di peringkat sekolah rendah dan juga pertandingan membabitkan murid serta kakitangan hospital ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.