ad
AGENDA

Kedai runcit, stor antara lima kedai musnah dalam kebakaran

5 Mac 2024, 3:07 AM
Kedai runcit, stor antara lima kedai musnah dalam kebakaran

SHAH ALAM, 5 MAC: Lima kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan 3.58 pagi dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara serta BBP Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

"Kebakaran melibatkan lima deretan kedai setingkat, api berjaya dikawal 4.39 pagi dan dipadamkan sepenuhnya 6.50 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran melibatkan kedai runcit dan stor yang musnah 80 peratus, kedai barangan terpakai musnah 80 peratus, dua kedai makan dengan kemusnahan masing-masing 50 serta 30 peratus.

Menurutnya tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.