ad
AGENDA

Kos sara hidup tinggi sumbang kes cerai meningkat di Selangor

4 Mac 2024, 5:30 AM
Kos sara hidup tinggi sumbang kes cerai meningkat di Selangor
Kos sara hidup tinggi sumbang kes cerai meningkat di Selangor

SHAH ALAM, 4 MAC: Kos sara hidup tinggi tidak selari dengan kadar pendapatan dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes cerai pasangan Islam di negeri ini.

EXCO agama berkata pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi mendorong rakyat mencari kerja sambilan sekali gus mengakibatkan tiada masa berkualiti bersama keluarga dan akhirnya memberi kesan kepada rumah tangga.

Dr Fahmi Ngah menjelaskan migrasi penduduk tempatan dan antarabangsa ke negeri ini turut meningkat jumlah kes berikutan masalah berkait institusi kekeluargaan perlu didaftar dan diselesaikan bawah bidang kuasa syariah di tempat mastautin pemohon.

“Selain itu, peningkatan kes cerai juga turut disebabkan penganjuran program literasi undang-undang yang dilaksana Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) atau agensi berkaitan termasuk di platform media sosial.

“Jadi penduduk mempunyai kesedaran tinggi berkaitan tanggungjawab serta hak-hak dalam perkahwinan. Akses kepada perkhidmatan peguam syarie turut membantu masyarakat mendapatkan hak melalui sistem kehakiman dan perundangan yang betul,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_631416" align="alignnone" width="833"] EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohamad Fahmi Ngah berucap sempena Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Fahmi menambah pembangunan pesat negeri ini juga menjadi faktor menyumbang kepada peningkatan perpecahan institusi kekeluargaan itu.

"Pertumbuhan ekonomi yang rancak di Lembah Klang mengakibatkan Selangor menjadi hub utama bagi semua sektor pembangunan. Banyak peluang pekerjaan ditawarkan mengakibatkan kadar komposisi penduduk di Selangor meningkat," katanya.

Beliau berkata JAKESS mencadangkan pakar penyelidik melakukan kajian menyeluruh dan hasilnya dijadikan dasar bagi mengatasi masalah itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.